Apakah itu kredit karbon?

Kredit karbon merupakan sijil boleh dagang yang mewakili satu tan metrik karbon dioksida (CO₂) atau gas rumah hijau setara (CO₂e) yang telah dikurangkan atau disingkirkan dari atmosfera. Kredit ini dijana melalui projek-projek yang sah seperti:

Organisasi atau individu boleh membeli kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan gas rumah hijau yang dilakukan oleh mereka, sekaligus menyokong inisiatif positif untuk iklim.

business

REDD+

(Mengurangkan Pelepasan daripada Penebangan Hutan dan Degradasi Hutan)

business

IFM

(Memberi tumpuan kepada pengubahsuaian amalan pengurusan hutan tradisional bagi meningkatkan keupayaan hutan menyerap karbon)

business

ARR

(Project Penghijauan, Penghutanan Semula dan Penanaman Semula sangat penting dalam pasaran karbon sukarela, dengang memberi tumpuan kepada pemulihan tanah terdegradasi serta pengembangan litupan hutan)

business

Amalan pertanian atau perindustrian lebih lestari

Cara Pasaran Berfungsi

Pasaran karbon membolehkan pembelian dan penjualan kredit karbon. Urus niaga ini berlaku secara langsung di Bursa Karbon, di antara pihak yang terlibat, atau melalui broker karbon dan platform dagangan yang berkaitan. Proses ini biasanya berlangsung seperti berikut:

work

Pemaju Projek

Melaksanakan projek pengurangan atau penyingkiran pelepasan karbon.

work

Pengesahan Bebas

(Badan Pengesahan & Pengauditan) menilai dan mengesahkan kesan projek mengikut piawaian karbon yang diiktiraf (contohnya TVER Thailand, Verra, atau Gold Standard).

work

Kredit Karbon

Dikeluarkan berdasarkan pengurangan pelepasan yang disahkan.

work

Pembeli

(syarikat, kerajaan, individu) membeli kredit ini untuk mengimbangi pelepasan karbon mereka sendiri.

Berminat untuk menghubungi kami?

Hubungi kami dan sama-sama kita mencipta masa depan yang mampan.

tree