
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
PMB Sustainable Sdn. Bhd.
En. QiQi Wang merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PMB Sustainable Sdn Bhd, di mana beliau memacu inisiatif strategik PMB Sustainable dalam kewangan mampan, pembangunan pasaran karbon, integrasi ESG, dan kerjasama antarabangsa, sejajar dengan keutamaan pembangunan nasional dan komitmen iklim global. Beliau membawa pengalaman yang luas dalam strategi kemampanan, pasaran karbon, penyelesaian Environmental, Social, and Governance (ESG), dan penstrukturan pelaburan rentas sempadan, dengan pendedahan profesional merentasi Malaysia, ASEAN, dan Greater China.
Sebelum menyertai PMB Sustainable, En. QiQi ialah pengasas bersama dan pengurusan kanan di Star Century Group, sebuah syarikat kemampanan berteraskan teknologi yang membantu organisasi dalam pengurusan aset mampan, kredit karbon, khidmat nasihat ESG, dan inisiatif neutral karbon. Beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan pendaftaran karbon, rangka kerja perdagangan kredit karbon, penyelesaian Sijil Tenaga Boleh Baharu (REC), dan instrumen kemampanan patuh Shariah, bekerja rapat dengan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), institusi kewangan, dan rakan kongsi antarabangsa.
En. Qiqi berpengalaman dalam pembangunkan usaha sama kolaboratif, mereka bentuk model pembiayaan berfokuskan kemampanan, dan menggunakan teknologi termaju, termasuk pemantauan satelit, sistem pengesahan digital, dan pensijilan berasaskan blockchain. Beliau kerap dijemput sebagai pensyarah dan penceramah di universiti dan program profesional mengenai topik kredit karbon, aset mampan, dan berkaitan ESG.
Hubungi kami dan sama-sama kita mencipta masa depan yang mampan.
