KENYATAAN MEDIA - Sesi Penyerahan Letter of Intent antara PMB Sustainable & ISRA Consulting

12-03-2026



KUALA LUMPUR, 12 Mac 2026 - PMB Sustainable telah menjalin kerjasama dengan ISRA Consulting Sdn Bhd (ISRA), institusi Penasihat dan Perundingan Syariah bagi Universiti INCEIF yang telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.
 
ISRA adalah sebuah institusi penyelidikan, perundingan dan khidmat nasihat global dalam kewangan Islam yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan rangka kerja, piawaian serta nasihat Syariah berkaitan instrumen kewangan dan pasaran Islam.
 
Kerjasama ini bertujuan untuk meneroka pembangunan rangka kerja pematuhan dan pensijilan Syariah bagi penjanaan, pemilikan serta perdagangan karbon kredit di Malaysia.
 
Sesi serahan Letter of Intent telah diwakili oleh Perunding Utama Penasihat Syariah ISRA, En Bahroddin Badri, dan Ketua Pegawai Eksekutif PMB Sustainable, En Najmi Mohamed. Majlis diadakan di Bangunan MARA dan disaksikan oleh Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman.
 
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, En. Zahari Aziz; Pengarah Kanan (Pelaburan), Dr. Azmi Murjan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, En. Yahaya Sani; serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, En. Mahdzir Othman.
 
MARA, melalui kerjasama strategik antara ISRA dan PMB Sustainable ini, bakal memimpin pembangunan pasaran kredit karbon patuh Syariah pertama di Malaysia yang berpotensi menjadi rujukan bertaraf global.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pelaburan MARA Berhad, sila layari www.pelaburanmara.com.my.

- T A M A T -

Mengenai Pelaburan MARA Berhad
Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA) merupakan sebuah syarikat pelaburan strategik dan perkhidmatan kewangan yang dimiliki sepenuhnya oleh MARA Corporation Sdn Bhd. Ditubuhkan pada 24 Jun 1967, Pelaburan MARA mempunyai kepakaran merangkumi pelaburan, pengurusan aset, pembiayaan Islam, penasihat korporat, dan perkhidmatan data pelaburan.

Ahli Kumpulan Pelaburan MARA termasuk:
PMB Investment Berhad
PMB Tijari Berhad
PMB Analytics Sdn Bhd
PMB Assets Sdn Bhd
PMB Consulting Sdn Bhd
PMB Sustainable Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Edubiz Development Sdn Bhd)

Mengenai SC Sustainable Sdn Bhd
SC Sustainable Sdn Bhd (SCS) merupakan sebuah firma penasihat ESG dan kelestarian berpusat di Malaysia yang menawarkan penyelesaian menyeluruh dalam pembangunan projek karbon, pelaporan alam sekitar, dan kecerdasan data satelit. SCS membantu syarikat korporat, entiti berkaitan kerajaan (GLC), serta pemilik aset dalam mencapai hasil ESG boleh ukur.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
TAHA RUSYDI MOHD NAZRI
Ketua, Komunikasi Strategik
Pelaburan MARA Berhad

Tingkat 2, Wisma PMB, No 1A Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur
T: 03-4145 3830
F: 03-4145 3801
M: 012-2737 685
taha.rusydi@pelaburanmara.com.my

 

Berminat untuk menghubungi kami?

Hubungi kami dan sama-sama kita mencipta masa depan yang mampan.

tree